BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

assalamualaikum

Thursday, 22 December 2011

WATER MOLECULES..

Water molecules on the move:
This experiment is for testing if the hot water molecules move really faster than the cold ones.




What you'll need:
  • A clear glass filled with hot water
  • A clear glass filled with cold water
  • Food coloring
  • An eye dropper

Instructions:
  1. Fill the glasses with the same amount of water, one cold and one hot.
  2. Put one drop of food coloring into both glasses as quickly as possible.
  3. Watch what happens to the food colouring.

What's happening?
If you watch closely you will notice that the food coloring spreads faster throughout the hot water than in the cold. The molecules in the hot water move at a faster rate, spreading the food coloring faster than the cold water molecules which mover slower.

DISSOLVE SUGAR AT DIFFERENT HEATS

Dissolving Sugar at Different Heats
Learn about solutions as you add more and more sugar cubes to different temperature water. 

What you'll need:
  • Sugar cubes
  • Cold water in a clear glass
  • Hot water in a clear glass (be careful with the hot water)
  • Spoon for stirring

Instructions:
  1. Make sure the glasses have an equal amount of water.
  2. Put a sugar cube into the cold water and stir with the spoon until the sugar disappears. Repeat this process (remembering to count the amount of sugar cubes you put into the water) until the sugar stops dissolving, you are at this point when sugar starts to gather on the bottom of the glass rather than dissolving.
  3. Write down how many sugar cubes you could dissolve in the cold water.
  4. Repeat the same process for the hot water, compare the number of sugar cubes dissolved in each liquid, which dissolved more?

What's happening?
The cold water isn't able to dissolve as much sugar as the hot water, but why? Another name for the liquids inside the cups is a 'solution', when this solution can no longer dissolve sugar it becomes a 'saturated solution', this means that sugar starts forming on the bottom of the cup.
The reason the hot water dissolves more is because it has faster moving molecules which are spread further apart than the molecules in the cold water. With bigger gaps between the molecules in the hot water, more sugar molecules can fit in between.


Reflection of slide Chemicals for consumers

REFLECTION  OF SLIDE CHEMICALS FOR CONSUMER

FIRST REFLECTION
At first meeting, we discuss about the task. In chapter chemicals for consumer, they are 4 subtopic. We have 4 members in a group.So, we decided to divide the assignment, so that each member will get one subtopic to do the slide powerpoint. We agreed to put five questions for each subtopic. In the slide powerpoint, we should include hyperlink and animation to make the slide interesting.

SECOND REFLECTION
At the second meeting, we combine our work. At this time, we check the slide together to make sure that all the things that must include in the slide is already done. We forgot to include the learning outcomes in the slide. So, we edit the assignment until it become more interesting .


Reflection of smart school

REFLECTION  OF SMART SCHOOL

FIRST REFLECTION
At first meeting, my group discuss about group assignment given by Madam Asmayati. The tittle of the assignment is Smart School. We need to understand the situation given in the question and write our ideas in fila chart form. From this discussion, my group members were shared our ideas about what we are going to write in the assignment.  However, we have problem to do the assignment because we do not totally understand the question and we do not know the format of the assignment.


SECOND REFLECTION
The agenda of this discussion is to combine the idea from each members of the group. After that, we dividing the task and decide to combine the assignment on the next week. The advantage is it will easy for us to do the assignment. We have problem in searching the reference to do the assignment. So, we go o the library to seach reference from other resurces such as newspaper and article.


SMART SCHOOL



FILA CHART
Fakta
Isu-isu
Hasil Pembelajaran
Tindakan
·         Rosa seorang guru baru
·         Rosa telah terpilih untuk menghadiri bengkel Pembelajaran dan Pengajaran yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah
·         Beliau telah didedahkan dengan banyak perkara seperti teori pembelajaran, kaedah pengajaran, pengurusan kelas dan proses taksiran
·         Beliau dikehendaki menyampaikan ucapan mengenai sekolah bestari
·         Tidak mempunyai pengalaman mengajar
·         Beliau berkemungkinan dihantar untuk mengajar di salah sebuah sekolah bestari di Malaysia
·         Berkongsi info tentang sekolah bestari dengan orang lain
·         Apakah sekolah bestari?
·         Bagaimanakah pentadbiran di sekolah bestari?
·         Apakah ciri-ciri yang terdapat pada sekolah bestari?
·         Apakah perbezaan antara sekolah bestari dengan sekolah-sekolah lain?
·         Bagaimanakah kaedah pembelajaran di sekolah bestari?
·         Berapakah bilangan sekolah bestari yang terdapat di Malaysia?
·         Mengapakah kerajaan mewujudkan sekolah bestari?
·         Apakah hubungkait antara sekolah bestari dan MSC?
·         Apakah kebaikan dan kelebihan sekolah bestari?
·         Apakah persediaan guru bagi memainkan peranan efektif di sekolah bestari?
·         Mencari maklumat di internet mengenai sekolah bestari, cara pentadbirannya, ciri-ciri sekolah bestari, perbezaan antara sekolah bestari dengan sekolan-sekolah lain,kaedah pembelajaran yang digunakan, objektfi sekolah bestari ditubuhkan, hubungkait antara MSC dengan sekolah bestari, kebaikan sekolah bestari dan persediaan yang diperlukan bagi guru memainkan peranan yang efektif terhadap pendidikan di sekolah bestari.





1.0       PENDAHULUAN
     ‘Dunia tanpa sempadan’.Itulah ungkapan yang dapat diungkap untuk menggambarkan kehidupan manusia pada abad ke-21 ini.Apakah itu dunia tanpa sempadan?Dunia tanpa sempadan bermaksud manusia di seluruh dunia boleh berkomunikasi, berinteraksi dan berkongsi maklumat walaupun jarak antara manusia tersebut adalah beribu-ribu batu merentasi lautan.Pada suatu masa dahulu, maklumat daripada luar negara mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke negara kita namun pada hari ini maklumat dapat disampaikan dalam masa beberapa saat sahaja.Hal ini disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang membolehkan maklumat disampaikan dalam jangka waktu yang singkat.
      Apakah pula definisi ICT?ICT adalah kata gabungan teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. ICT juga adalah kata am untuk semua jenis teknologi yang membolehkan pengguna untuk mencipta, mengakses dan memanipulasi maklumat. Perkataan teknologi pula bermaksud alat yang digunakan oleh manusia dan alat yang ada pada manusia iaitu kemahiran dan kepakaran dalam ilmu tertentu untuk menyelesaikan masalah hidup. Maklumat pula merujuk kepada makluman, pemberitahuan, butir-butir dan pengetahuan manakala komunikasi bermaksud perhubungan secara langsung atau dengan perantara seperti surat, telefon dan sebagainya.
Berdasarkan penerangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ICT adalah segala teknologi yang boleh membantu manusia untuk berinteraksi  dan seterusnya berkongsi maklumat melalui alat-alat komunikasi seperti internet, e-mel, persidangan video atas talian dan mesej segera seperti yahoo messenger.
Terdapat pelbagai kegunaan dan manfaat yang boleh diperolehi dengan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.Salah satu contoh pengaplikasian ICT di Negara kita adalah pelaksanaan sekolah bestari.
SEKOLAH BESTARI
Pada awal tahun 1996, Kementerian Pelajaran telah berbincang tentang Sekolah Bestari : Konsep dan Kesannya terhadap Sistem Pendidikan Malaysia. Pada lewat tahun 1996, sekolah bestari telah menjadi satu daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC).Sekolah bestari adalah sekolah dimana dasar pelaksanaan kurikulum kebangsaan telah direka semula untuk membantu pelajar belajar dengan lebih efektif dan efisien.Antara aspek yang dinilai semula pelaksanaannya adalah kurikulum, pedagogi, penilaian, dan bahan pengajaran serta pembelajaran (P&P).Untuk melaksanakan hasrat kerajaan, Telekom Smart School Sdn Bhd telah membangunkan bahan P&P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Keseluruhannya, Sekolah Bestari adalah satu sistem pembangunan aplikasi perisian yang komprehensif untuk menyenangkan pentadbiran dan pengurusan yang efektif dan efisien daripada bahan dan proses yang dikehendakinya untuk menyokong fungsi P&P di institusi pendidikan.[1] Bahan pembelajaran direka semula untuk strategi pengajaran baru yang akan menyesuaikan pelajar dengan keperluan masing-masing. Hasilnya, pelajar dapat menentukan sendiri pembelajaran mereka.Penggunaan ICT di sekolah bestari juga bukan hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran malah dalam bidang pengurusan sekolah.Pengurusan dan pentadbiran sekolah juga dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

2.0       PENGURUSAN SEKOLAH BESTARI
Sebuah sekolah yang baik bukan sahaja mempunyai tenaga akademik dan pelajar berkualiti malah mempunyai suatu system pengurusan yang baik.Sekolah Bestari mempunyai sistem pengurusan sekolah yang tersendiri. Objektif utama Pengurusan Sekolah Bestari adalah untuk mengurus dan memproses secara efektif dan efisien sumber dan aturan yang diperlukan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem pengurusan sekolah bestari mempunyai fungsi pengurusan dan pentadbiran seperti berikut :
            -Pentadbiran sekolah
            -Pengurusan hal ehwal pelajar
            -Pengurusan sumber pendidikan
            -Pengurusan sumber luar
            -Pengurusan kewangan
            -Pengurusan sumber manusia
            -Pengurusan kelengkapan
            -Pengurusan asrama
            -Pengurusan teknologi
Pentadbiran sekolah bestari adalah bertujuan untuk mentadbir kurikulum supaya bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran. Antara kebaikan pentadbiran sekolah yang sistematik adalah sekolah dapat meningkatkan hubungan dua hala dengan sekolah lain dan juga komuniti. Pelbagai program boleh dirancang antara sekolah bersama-sama hanya dengan menggunakan aplikasi ICT  seperti e-mel dan faks tanpa guru perlu berjumpa dengan kerap untuk menyiapkan sesuatu tugasan seperti kertas kerja program.
Pengurusan hal ehwal pelajar adalah berkisar tentang maklumat peribadi pelajar dan maklumat akademik pelajar.Contoh penggunaan aplikasi ICT dalam urusan hal ehwal pelajar adalah penggunaan EMiS iaitu sistem maklumat pelajar yang menempatkan segala data yang berkaitan dengan pelajar.Sistem ini dapat memudahkan guru dan bahagian pentadbiran untuk mengakses kembali maklumat yang telah dimasukkan ke dalam sistem apabila diperlukan.Penggunaan sistem ini bukan sahaja menjimatkan masa malah lebih teratur dan efisien.Sistem EMiS ini bukan sahaja menempatkan data berkaitan peribadi pelajar malah penilaian dan pentaksiran terhadap pelajar juga boleh dilaksanakan menggunakan aplikasi ini. Antara kelebihan lain menggunakan aplikasi ini adalah pendaftaran pelajar baru dapat dilakukan dengan mudah, hanya dengan memasukkan data ke dalam sistem dan maklumat tersebut akan tersimpan di dalam sistem sehingga pelajar tersebut menamatkan persekolahannya.
Bahagian pengurusan bahan pembelajaran sekolah bestari pula menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan sumber pengajaran dan pembelajaran.Contohnya pengurusan sumber2 pangkalan data seperti audio dan video.Bahagian ini menguruskan segala bahan pengajaran agar mudah diakses oleh pelajar dan guru. Pengurusan bahan pengajaran juga membolehkan tugasan diserahkan dalam pelbagai bentuk; sama ada bercetak mahu pun di dalam bentuk elektronik. Selain itu, antara tugas bahagian pengurusan pembelajaran adalah menguruskan perkakasan kurikulum ( curriculum software ). Antara kelebihan pengurusan sumber pembelajaran ini adalah kos pengurusan maklumat dapat dikurangkan. Selain itu juga, bahan pembelajaran dapat disalurkan kepada guru dan pelajar pada bila-bila masa bahan tersebut diperlukan.
Pengurusan sumber luar pula adalah perkara yang berkaitan dengan sumber daripada luar sekolah seperti arkib maklumat atas talian dan pengurusan pangkalan data yang menghubungkan sumber luar. Dalam bahagian pengurusan sumber luar lain, pangkalan data yang komprehensif direka untuk membantu mengindeks segala sumber luar yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan pengurusan aktiviti. Antara kelebihan pengurusan sumber luar ini adalah guru, pengetua dan kakitangan sokongan dapat menggunakan segala sumber dengan efisien dan efektif.
Bahagian pengurusan kewangan adalah bahagian yang menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan kewangan sekolah seperti bajet, laporan, akaun, pembelian, dana projek dan audit. Penggunaan perisian tertentu seperti Microsoft Excel dapat menyediakan sistem akaun yang komprehensif dan dapat menghasilkan laporan akaun secara automatik.Penggunaan perisian sistem akaun dapat membantu sekolah menguruskan sistem kewangan dengan efisien. Pengauditan juga senang dilakuakn dengan menjejaki data-data keluar masuk dana sekolah. Melalui penggunaan ICT, pengurusan kewangan dapat dilakukan dengan mudah.Selain itu, melalui pengurusan kewangan yang terancang akaun sekolah dapat dikawal dan diselia dengan lebih efektif.
Berdasarkan penerangan yang dijelaskan tentang pengurusan sekolah bestari, jelaslah bahawa penggunaan aplikasi ICT dalam pengurusan dapat meningkatkan kualiti pengurusan serta dapat menguruskan segala bahan P&P , kewangan, keperluan sekolah dan sebagainya dengan lebih cekap. Masa yang diperlukan untuk mengurus juga dapat dikurangkan dengan penggunaan sistem yang canggih.Justeru, semua pihak yang terlibat dalam pengurusan sekolah bestari perlu mempunyai pengetahuan yang terkini dan mencukupi supaya segala kemudahan ICT di sekolah dapat digunakan secara optimum.Hal ini penting untuk memastikan objektif pengurusan sekolah yang cekap tercapai.

3.0       CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI
            Projek sekolah bestari merupakan salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan di samping menekankan penguasaan ICT serta penggunaannya dalam bidang pendidikan. Sekolah Bestari mempunyai 5 komponen utama yang jelas iaitu dari segi pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran, manusia, kemahiran dan tanggungjawab, teknologi sebagai pengupaya dan proses. Setiap komponen mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan sekolah bestari.
            Komponen yang pertama ialah pembelajaran dan pengajaran (P&P). Jika dilihat dari sudut kurikulum, sekolah bestari mempunyai kurikulum yang bermakna, holistik, bertanggungjawab social, bersifat global, terbuka, bermatlamat, reflektif dan teknologis. Kurikulum di sekolah bestari menggunakan teknologi dalam proses P&P. Contohnya ilah penggunaan alat bantu mengajar yang berbentuk visual. Selain itu, pelajar akan menggunakan kemudahan ICT untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru.
            Dari segi pengurusan dan pentadbiran pula, sekolah bestari menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah. Seperti yang kita maklum, sokongan ibu bapa dan komuniti amat bermakna untuk memastikan kejayaan para pelajar dan misi sekolah bestari tercapai. Dengan wujudnya ICT dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah bestari, guru-guru boleh menggunakan e-mel untuk berkomunikasi dengan ibu bapa serta komuniti di sekitarnya. Ibu bapa juga boleh memantau prestasi pelajaran anak-anak mereka dengan menggunakan ICT. Penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran memudahkan tugas staf dan pegawai pendidikan. Contohnya, mereka boleh menggunakan video-conferensing sekiranya tidak dapat menghadiri mesyuarat.
            Seterusnya, berkaitan dengan komponen manusia, kemahiran dan tanggungjawab. Pendidik di sekolah bestari perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajarnya dan memandang serius prestasi sekolah mereka. Hal ini kerana, sekolah-sekolah bestari akan menjadi ikutan dan contoh kepada sekolah-sekolah lain.Oleh sebab itu, staf-staf di sekolah bestari diberi latihan yang khusus manakala guru di sekolah bestari perlulah mempunyai karakter bestari.
            Salah satu ciri guru yang bestari ialah bermaklumat dan kemaskini. Sebagai seorang guru, seseorang itu perlulah sentiasa mencari maklumat-maklumat yang terkini yang berbentuk fakta. Guru sekolah bestari boleh menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan idea-idea pedagogi supaya dapat mengemaskini kaedah-kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Seorang guru bestari juga pelu pandai mengawal pembelajaran dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran agar pelajar tidak berasa jemu. Di samping itu, guru bestari perlu selangkah ke hadapan alam menguasai ICT terkini.
            Ciri kedua yang perlu ada pada guru bestari ialah energetik dan berfikiran positif. Karakter ini bukan sahaja perlu ada pada guu sekolah bestari, malahan guru-guru di sekolah lain juga. Hal ini kerana, pendidik merupakan contoh yang paling baik untuk dijadikan ikutan pelajar-pelajar. Bagaimana hendak menjadi contoh kepada pelajar sekiranya seorang guru itu tidak bersikap positif? Guru bestari perlulah mempunyai matlamat yang tinggi terhadap pelajar-pelajarnya dan berkemampuan untuk menyelesaikan masalah. Semangat juang yang tinggi serta pemikiran yang kreatif, inovatif dan proaktif juga melambangkan seorang guru bestari.
Di samping itu, guru bestari perlu sentiasa berfikir untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya. Mereka perlu pelajar sebagai satu asset berharga negara yang perlu digilap dengan rasa tanggungjawab dan keyakinan diri .Hal ini kerana, pelajar-pelajar merupakan bakal peneraju kepimpinan negara pada suatu hari nanti. Bagaimana hendak menjadi pemimpin sekiranya tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri dan orang-orang di sekelilingnya?Guru juga perlu ertindak sebagai penasihat pelajar dalam masalah yang berkaitan dengan P&P. Mereka tidak seharusnya menganggap masalah pelajar sebagai satu beban malahan meninjau dari sudut positif. Guru bestari akan menganggap masalah tersebut sebagai satu peluang untuk lebih memahami pelajar dan cara penyelesaiaan yang di ajar kepada pelajar akan dapat mematangkan pelajar.
            Komponen seterusnya ialah teknologi sebagai pengupayaan. ICT memainkan pranan yang penting dalam P&P sekolah bestari. Ia menyumbang transformasi sekolah tradisi kepada sekolah bestari. Sekolah-sekolah bestari dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Tempatan (LAN). LAN menyediakan laluan berunsurkan elektronik untuk pelbagai jenis maklumat. Ia membolehkan perkongsian maklumat antara pelajar dan guru melalui pangkalan data, mel elektronik, telekonferensing, ensiklopedia elektronik serta pusat sumber online. Tidak ketinggalan juga katalog kod perpustakaan dan data pentadbiran.
            Selain itu, sekolah bestari juga dihubungkan melalui Jaringan Kawalan Luas (WAN). Hubungan WAN melibatkan sekolah lain di sekitarnya serta daerah, negeri dan dunia. WAN memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari pembelajaran jarak jauh. Melalui WAN, media perhubungan seperti satelit dan gelombang mikro dapat digunakan.
            Akhir sekali, sekolah bestari juga ada menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Perisian aplikasi ini mengikut kehendak guru, pelajar, serta pentadbir bagi memastikan keberkesanan proses P&P.




4.0       PERBEZAAN SEKOLAH BESTARI DENGAN SEKOLAH BIASA
Kurikulum pendidikan sekolah yang direka adalah berdasarkan hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan seperti yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu :
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Walaupun sekolah-sekolah di Malaysia melaksanakan satu falsafah pendidikan                                          yang sama, pendekatan yang digunakan adalah berbeza. Sekolah bestari apabila dilaksanakan sepenuhnya dapat melahirkan pelajar yang berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Ini bermakna, pelajar menentukan sendiri gaya pembelajaran mereka. Hal ini berlainan dengan sekolah yang masih belum mencapai standard sekolah bestari dimana gaya pembelajaran pelajar terletak kepada kreativiti guru.
Antara perbezaan lain yang dapat dilihat di antara sekolah bestari dan sekolah kebangsaan ialah keinginan pelajar untuk belajar akan meningkat. Hal ini kerana, pelajar berpeluang untuk mencari dan mengakses maklumat yang diperlukan tanpa perlu menunggu arahan daripada guru.Ini menyebabkan pelajar cenderung untuk meneroka pembelajaran mereka sendiri dan guru bertindak sebagai fasilitator.Sebaliknya, pelajar di sekolah kebangsaan masih lagi menggunakan buku teks sepenuhnya di dalam pembelajaran.Pastinya, perkara ini sedikit sebanyak menyebabkan pelajar bosan kerana kurikulum hanya dilaksanakan berpandukan buku teks.
Perbezaan lain yang dapat dilihat ialah sekolah bestari memerlukan penglibatan yang aktif daripada pihak ibu bapa dan komuniti. Contohnya, ibu bapa akan terlibat secara langsung dalam menetukan program pembelajaran anak mereka selain membantu sekolah menjalankan aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan sambil belajar. Berbeza dengan sekolah harian biasa di mana segala tugas pengajaran dan pemerhatian diserahkan kepada guru. Tahap penglibatan ibu bapa yang rendah di sekolah harian sedikit sebanyak membebankan tugas guru dan seterusnya proses P&P tidak dapat dijalankan dengan efisien.
Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa pelaksanaan sekolah bestari dapat meningkatkan kualiti pelajaran pelajar seterusnya memartabatkan sistem pendidikan di Malaysia.

5.0       KAEDAH PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI
            Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pembelajaran, pengajaran serta pengurusan sekolah. Tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar di zaman ICT yang serba canggih ini. Oleh itu, kaedah pendekatan pembelajaran yang gunakan di sekolah bestari adalah berbeza dengan sekolah tradisional.
            Sekolah bestari,pembelajaran adalah bercorak kendiri dan mengikut kadar individu,kesinambungannya serta corak kognitif. Teknologi pelbagai media elektronik dan jaringan yang meliputi seluruh dunia memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran ini. Corak pembelajaran sekolah bestari adalah berpusat kepada pelajar. Seperti yang kita sedia maklum, P&P yang berpusat kepada pelajar adalah lebih berkesan berbanding P&P yang berpusatkn kepada guru.
            P&P di sekolah bestari menggunakan kaedah yang berorientasikan penyataan masalah dan menggunakan pendekatan pedagogi yang pelbagai. Pendekatan pedagogi seperti konstruktivism, humanisme serta holistik adalah lebih menarik, menyeronokkan dan memberangsangkan pelajar. Melalui kaedah pendekatan konstruktivisme, pelajar akan belajar melalui pengalaman. Contohnya, guru akan menyuruh pelajar membuat latihan dengan menggunakan tutorial online. Melalui cara ini, pelajar bukan sahaja dapat memantapkan kefahaman terhadap sesuatu subjek tetapi dapa memahirkan diri untuk mengaplikasikan kemudahan ICT yang ada.
            Selain itu, guru sekolah bestari menggunakan ICT iaitu bahan digital dalam ketika P&P. Nota-nota untuk proses P&P disediakan dalam bentuk powerpoint. Powerpoint yang menarik boleh merangsang minat pelajar untuk belajar. Antara cirri powerpoint yang menarik ialah berwarna-warni, penggunaan perkataan yang ringkas dan mudah difahami, serta diselitkan simulasi dan animasi.  Guru juga akan membina soalan interaktif di dalam powerpoint tersebut. Kemudian, pada akhir sesi P&P, pelajar akan dipanggil kehadapan untuk menyelesaikan soalan tersebut untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai dan menguji kefahaman pelajar.
            Di samping itu, guru-guru juga akan memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar dalam bentuk perbentangan powerpoint. Melalui kaedah ini, pelajar akan memperoleh banyak manfaat. Salah satu daripadanya ialah cara mengakses maklumat daripada internet dan menggunakan kepintaran ICT untuk membuat slide yang menarik.
            Kaedah pembelajaran yang reflektif juga digunakan dalam P&P sekolah bestari. Melalui kaedah ini, seorang pelajar akan menyedari kemajuan proses pembelajarannya. Ia merangkumi kesedaran pengetahuan pelajar dan apa yang perlu pelajar ketahui. Sebagai pelajar sekolah bestari yang reflektif, pelajar akan berusaha untuk mengekalkan kemajuan pembelajarannya bagi mencapai matlamatnya. Mereka juga berkebolehan untuk membuat penyesuaian bagi teknik pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka.
Melalui pembelajaran holistik, guru di sekolah bestari pula bertindak sebagai fasilitator. Guru akan membimbing dan mengawal kegiatan pembelajaran manakala pelajar pula akan menghidupkan suasana pembelajaran supaya menarik. Pendekatan pembelajaran ini berfokus kepada pemahaman informasi dan mengkaitkannya dengan topik-topik lain yang akhirnya akan terbentuk kerangka pengetahuan yang lebih luas. Pelajar-pelajar juga akan diterapkan prinsip bahawa pembelajaran akan lebih efektif sekiranya semua aspek peribadi iaitu pemikiran,tubuh dan jiwa dilibatkan dalam pengalaman belajar.
            Pembelajaran holistik, pelajar akan belajar dengan menggunakan dua kaedah iaitu keseluruhan bahagian otak dan melalui kecergasan majmuk. Melalui kaedah keseluruhan bahagian otak, pembelajaran akan menggunakan sebanyak mungkin indera, emosi serta intelektual. Melalui kaedah kecerdasan majmuk pula, pelajar akan menggunakan jernis kecerdasan yang paling menonjol dalam diri.
Terdapat tiga teknik pembelajaran holistik iaitu mengajukan pertanyaan, mengvisualkan informasi dan merasakan informasi. Pelajar perlu mengajukan pertanyaan kepada guru sekiranya terdapat ketidakfahaman semasa P&P. Teknik ini adalah amat bersesuai dengan kaedah pembeajaran sekoah bestari iaitu berpsatkan kepada pelajar,di mana pelajar akan mencari sendiri kelemahan penguasaan mereka terhadap sesuatu mata pelajaran. Mereka juga perlu berinteraksi dengan guru dan memberi respon setiap kali sesi P&P.  Selain itu, pelajar juga boleh mengvisualkan suatu informasi dalam bentuk gambar, diagram dan juga sketsa. Pelajar sekolah bestari boleh menggunakan ICT uutuk memuatturun visual-visual dari laman web yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Jika menggunakan kaedah melukis gambar, gambar tersebut tidak semestinya cantik asalkan mudah untuk difahami. Kemudian, dengan menggunakan teknik merasakan informasi, pelajar akan menggunakan pancaindera untuk merasa, melihat dan mendengar untuk memantapkan kefahaman terdapat sesuatu perkara. Tujuan pembelajaran holistik adalah untuk membantu mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan memberangsangkan , demokratis dan humanis. Pelajar akan dapat belajar melalui cara yang sesuai untuk dirinya.

6.0       SEKOLAH-SEKOLAH BESTARI DI MALAYSIA
Di Malaysia  terdapat pelbagai jenis sekolah, hal ini bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa maju ke hadapan dan tidak hanya duduk ditakuk lama. Antara jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia ialah Sekolah Wawasan, Sekolah Bestari , Sekolah Kluster dan yang terbaru ialah  Sekolah Berprestasi Tinggi. Menurut maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Penerangan Malaysia , terdapat 88 buah sekolah bestari di Malaysia. Antara sekolah yang telah berjaya mendapat gelaran sekolah bestari ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, SMK Aminuddin Baki, SMK Seri Bintang Selatan, SMK Bandar Baru Serting dan Kolej Tunku Kurshiah.

7.0       TUJUAN KERAJAAN MEWUJUDKAN SEKOLAH BESTARI
Seterusnya kita akan menyentuh kepada persoalan, mengapakah kerajaan Malaysia mewujudkan Sekolah Bestari? Sememangnya Malaysia sangat bertuah kerana semua barisan pemimpin yang menerajui tampuk kepimpinan negara terdiri daripada mereka yang berpandangan jauh dah sentiasa mencari idea-idea baru bagi memajukan negara kita. Berbalik kepada persoalan tadi, kerajaan telah menggariskan beberapa objektif dalam pelaksanaan sekolah bestari. Objektif sekolah bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berikut adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
 memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
 melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia,  bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
Objektif  yang pertama bagi penubuhan sekolah bestari ialah menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi. Hal ini kerana sekolah bestari amat berhubung rapat dengan teknologi. Ia mengajar kemahiran berfikir merentasi kurikulum dan mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran . objektif yang seterusnya ialah mendemokrasikan pendidikan dan meningkatkan penyertaan  pihak yang berkepentingan. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar kuat mahupun lemah, kaya atau miskin dapat mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Selain itu, kerajaan juga menyatakan objektif penubuhan sekolah bestari adalah untuk memupuk perkembangan menyeluruh individu dan memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

8.0       HUBUNGKAIT SEKOLAH BESTARI DENGAN MSC
            Setelah kita menyentuh persoalan-persoalan di atas, pasti akan terlintas dalam fikiran kita, mengapa sekolah bestari sering sahaja dikaitkan dengan teknologi dan apakah sebenarnya hubung kait antara sekolah bestari dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Teknologi merupakan salah satu komponen utama sekolah bestari. Komponen ini akan dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Proses pembestarian ini melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT.
            “Pembestarian  sekolah adalah selaras dengan hasrat mantan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan
sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut
arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah,
            sasaran kementerian ialah meningkat nisbah komputer kepada murid,
            masa dedahan murid oleh guru berkaitan penggunaan komputer
dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan sari segi kos”
                                          ( Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 2005 )
Tiga aspek penting yang perlu ditangani dalam pelaksanaan sekolah bestari. Salah satu aspek tersebut adalah menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakas yang diperlukan merangkumi komputer dan alatan berkaitan seperti peralatan audio dan video. Pelaksanaan sekolah bestari ini merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia Malaysia. Tujuh aplikasi Perdana MSC yang dimaksudkan ialah kad pintar serba guna, kerajaan elektronik, kelompok R&D, jaringan pengilang sedunia, pemasaran tanpa sepadan, sekolah bestari dan tele perubatan. Berlandaskan hasrat dan matlamat  kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan sekolah bestari

9.0       KEBAIKAN SEKOLAH BESTARI
            Penubuhan sekolah bestari sememangnya membawa seribu satu kebaikan. Dalam era yang kian meningkat maju, perubahan amat diperlukan supaya negara dapat bersaing  dengan negara lain. Kebaikan yang pertama ialah kaedah pembelajaran  yang berpusat kepada pelajar. Jika dahulu pembelajaran berpusat kepada guru. Apabila kaedah pembelajaran  berpusat kepada pelajar, mereka yang akan melatih diri ,mencari maklumat  dan ilmu-ilmu baru. Di sekolah bestari pembelajaran bercorak ke arah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan  teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia. Kebaikan yang kedua ialah kurikulum yang digunakan di sekolah bestari adalah lebih fleksibel dan terbuka. Hal ini kerana, kurikulum di sekolah dirancang supaya bermakna,  mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik dan global. Pembelajaran holistik membenarkan pelajar maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan keupayaan, minat serta keperluan pelajar yang berbeza-beza. Secara tidak langsung, pelajar dididik dengan kemahiran berfikir  secara kritis dan kreatif. Seterusnya, sekolah bestari dapat melahirkan pelajar yang aktif. Pembelajaran yang berpusat budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam semua situasi. Pelajar berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu.  Selain itu, kepelbagaian  kaedah pembelajaran yang digunakan. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh dan merujuk ensiklopedia elektronik. Walaupun segala cara yang digunakan semakin maju, namun kaedah interaksi pelajar dan guru masih diguna pakai. Akhir sekali, bahan pengajaran yang berteknologi tinggi dan memenuhi keperluan kurikulum. Ia dapat merangsang pembelajaran.

10.0     PERSEDIAAN GURU BAGI MEMAINKAN PERANAN EFEKTIF  DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH BESTARI

            Di Malaysia, sekolah bestari merupakan salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mempunyai konsep berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Dalam erti kata lain, ia lebih berkonsepkan penggunaan ICT sebagai komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, prestasi murid-murid bukanlah tertakluk hanya kepada penggunaan ICT sahaja bahkan peranan guru dalam mendidik dan menyampaikan ilmu menjadi titik asas kepada kemantapan prestasi sesebuah sekolah bestari tersebut. Oleh itu, persediaan guru amat dititikberatkan dan menjadi tunjang kepada prestasi murid-murid di sekolah bestari seterusnya mencapai objektif seperti yang telah dirangka berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
            Bagi menghadapi pelbagai cabaran dan sebarang kemungkinan, guru haruslah mempunyai persiapan yang rapi agar dapat memainkan peranan berkesan terhadap pengajarannya. Guru seharusnya mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan perkomputeran selaras dengan konsep yang telah diterapkan di sekolah bestari. Bukan itu sahaja, bahkan mereka haruslah menguasai sepenuhnya ilmu tersebut agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Mereka mestilah mampu menyepadukan ilmu dengan perkembangan semasa seperti teknologi dan perkomputeran. Jadi, latihan amat penting supaya guru-guru tahu menggunakan teknologi perkomputeran atau multimedia di samping melahirkan pelajar yang berdaya fikir, kreatif dan inovatif berdasarkan teknologi terkini. Pelbagai kaedah pembelajaran yang menarik dapat dilaksanakan sekiranya guru mampu mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dengan baik dan sempurna.
            Selain itu, guru mestilah menggunakan pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan perkembangan generik pelajar. Antara pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan kelangsungan perkembangan generik pelajar ialah pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran bersifat individu, pembelajaran berfikrah, pembelajaran berbantukan teknologi, pembelajaran berasaskan otak dan pembelajaran berasaskan projek. Pendekatan-pendekatan ini boleh dilaksanakan melalui kaedah dan teknik yang sesuai supaya pembelajaran menjadi menarik dan teratur. Contohnya, guru menggunakan simulasi, permainan, demonstrasi atau tunjuk ajar, lawatan, bercerita, tutorial dan lain-lain. Dengan adanya kaedah dan teknik-teknik ini, maka pendekatan pembelajaran yang ingin dilakukan dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, guru boleh menjalankan aktiviti yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti contoh membuat aktiviti berkumpulan, pembentangan, kuiz dan sebagainya agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.
            Sistem pengajaran yang sistematik juga perlu dilaksanakan oleh guru bagi memastikan hasil pembelajaran mencapai objektifnya. Sistematik dikatakan apabila aktiviti pengajaran dijalankan langkah demi langkah, iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan perkembangan konsep, penggunaan ilmu pengetahuan serta kemahiran dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. Di sini, guru sangat memainkan peranan yang utama dalam proses ini supaya isi kandungan pembelajaran dapat diterima sepenuhnya oleh para pelajar. Selain itu, suasana pembelajaran juga merupakan faktor utama keberkesanan suatu pembelajaran itu. Suasana pembelajaran yang positif menarik minat murid  untuk menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dan dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain. Selepas itu, guru bolehlah membuat penilaian terhadap hasil tugasan yang telah dilakukan seterusnya dapat memastikan sama ada objektif pembelajaran tercapai. Oleh itu, sistem pengajaran yang dilaksanakan oleh guru perlulah mampu menarik perhatian murid-murid agar mereka fokus ketika pembelajaran.
            Kesimpulannya, banyak persiapan yang perlu dilakukan oleh guru bagi memastikan keberkesanan sesuatu pelajaran yang cuba disampaikan. Penuhi lah ilmu di dada agar dapat menangkis segala cabaran dan sebarang kemungkinan yang bakal mendatang. Hal ini penting bagi melahirkan generasi intelektual pada masa akan datang yang dapat memberikan sumbangan kepada negara dan seterusnya menjulang nama negara di peringkat dunia.

11.0     KESIMPULAN
Berdasarkan huraian yang telah dikemukakan di atas, kini kita sudah dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sekolah bestari. Sebelum ini,mungkin kita hanya tahu bahawa sekolah bestari adalah sekolah yang berasaskan teknologi dalam kaedah P&P sahaja tetapi kini kita sudah memahami tujuan kerajaan menubuhkan sekolah bestari. Selain itu, kita juga sudah tahu mengenai objektif, matlamat, sistem pengurusan, ciri-ciri sekolah bestari, perbezaannya dengan sekolah biasa, kaitannya dengan MSC dan juga beberapa sekolah bestari yang terdapat di Malaysia.
Selain itu, kita juga sudah mengetahui kepentingan dan aplikasi ICT yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian. Contohnya, pelajar Institut Pengajian Tinggi sudah semestinya memerlukan internet untuk mencari bahan bagi melaksanakan tugasan mereka. Melalui ICT, mereka akan dapat mencari bahan dengan lebih mudah. Di samping itu, komunikasi dengan pensyarah juga akan menjadi lancar melalui e-mail. Pelajar-pelajar juga dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih mudah melalui tutorial atan talian dan latihan atas talian. Melalui penubuhan sekolah bestari,ia dapat melatih pelajar-pelajar untuk menggunakan kemudahan ICT dengan sebaik-sebaiknya bermula dari peringkat sekolah.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab, kita perlulah menyokong usaha kerajaan supaya dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademiknya,bahkan maju dalam bidang ICT serta kreatif dalam penggunaan ICT. Penglibatan komuniti dan ibu bapa adalah penting bagi memastikan objektif dan matlamat sekolah bestari tercapai.


BIBLIOGRAFI

Ahmad Fuad Muhammad (2005). Strategi-strategi pembelajaran reflektif. Diperoleh pada  September 19,2011 daripada          http://www.scribd.com/doc/7721978/STRATEGISTRATEGI-PEMBELAJARAN-            REFLEKTIF-
Abd Ghani Jaafar, How Lee Chan, K. Shoba a/p Karuppaya, Bazrulzaman Baharom (2004).         Konsep dan perlaksanaan sekolah bestari di Malaysia. Diperoleh pada September,20     2011 daripada            http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%205.pdf
Definisi sekolah bestari (2010). Diperoleh pada September 19, 2011 daripada         www.edidik.com/?p=79
Jenis-jenis sekolah bestari di Malaysia. Diperoleh pada September 19,2011 daripada            http://pmr.penerangan.gov.my/
Sekolah bestari . Diperoleh pada September 19,2011 daripada http://www.moe.edu.my/
Sekolah bestari. Diperoleh pada September 20,2011 daripada          www.scribd.com/doc/58952123/Sekolah-Bestari-1
Sekolah bestari . Diperoleh pada September 19,2011 daripada http://www.moe.edu.my/
Strategi dan teknik Pengajaran dan pembelajaran . Diperoleh pada September,22 2011 
The Malaysian smart school. Diperoleh pada September 15, 2011 daripada            www.mscmalaysia.my/codenavia/portals/msc/images/pdf/ss-blueprint.pdf
Zalina Yahaya (2002,Julai 29). Ciri-ciri Sekolah Bestari Cemerlang. Utusan Malaysia, 3.

                                                       










[1]  Dipetik daripada Salina Ibrahim (April 01,2002) , Penyelesaian bersepadu sekolah bestari, Utusan Malaysia.

mY goaLS

Each individual have their own short-term goals and long-term goals...so do i..i am a student, child and for sure a youth..i would like to share with u my short-term and long-term goals..


i am a student at UPSI..one day i'll be a teacher..so, before i become an educator, i need to prepare myself..for now, i am struggling responsibilities in seeking knowledge..first class degree is my target..^_^..i want to graduate from upsi with colourful result...

THIS IS MY TARGET FOR MY SHORT-TERM GOALS!!!







THIS IS MY TARGET FOR LONG-TERM GOALS!!!



Monday, 5 December 2011

Cleansing Action Of Soap